Skip to content
April 3, 2011 / tintaabstrak

SUKAR ATAU MALAS?

Hamba tengok, ramai merungut berkenaan mata pelajaran yang terdapat di institusi institusi kerajaan mahupun swasta.  Kebanyakan dari mereka tidak suka akan mata pelajaran yang konon nya sukar, yakni (paling popular) Matematik dan Bahasa Inggeris.  Dulu hingga sekarang pun, dua itu lah mata pelajaran yang tidak disukai oleh anak anak muda dalam perihal pembelajaran sekolah menengah.  Itu belum lagi dikira dan dinilai dari segi pembelajaran peringkat atas, contoh – kolej dan universiti.  Sedia maklum, mata pelajaran yang terdapat di dalam perihal pembelajaran kolej atau / dan universiti adalah tidak sama dengan perihal pembelajaran sekolah menengah.  Ia lebih banyak dan lebih sukar, bergantung kepada jenis pengajian yang didalami oleh seseorang individu.


Suka untuk hamba mengatakan, berdasarkan pengalaman sendiri, mata pelajaran yang terdapat di dalam perihal pembelajaran kolej agak sukar untuk ditelan oleh minda – hanya jika minda itu tidak mempunyai minat di dalam perihal pembelajaran yang tersebut.  Jujur hamba katakan, agak hairan apabila ada segelintir sahabat hamba yang merungut, tidak berpuas hati akan mata pelajaran yang tersebut, walhal mereka sendiri yang memilih arah dalam perihal pembelajaran mereka.  Secara mudah dapat hamba katakan – mengapa berasa benci belajar tentang ubat ubatan jika niat di dalam hati ingin menjadi seorang kakitangan hospital?

—————————————————————————————————————–

KISAH BENAR
Ada suatu hari di dalam tahun 2010, pertengahan semester pertama, seorang sahabat hamba pernah bertanya,
“Hafizi, awak mahu belajar sampai habis? Saya tahun depan mahu berhenti, minta askar atau polis, lebih terjamin”

Hamba terkejut seraya terfikir di dalam hati,
“Astaga, mengapa belajar jika hanya separuh jalan? Niat sudah tidak betul, sudah lah belajar di kolej swasta – pinjaman nya mahal, mampukah dibayar jika belajar tidak habis (tiada hasil)?  Ini tentang perjalanan hidup yang bermula dari titik pembelajaran di kolej, pilihan itu terletak di tangan anda sendiri, jadi mengapa memilih jalan yang tidak diminati dan kemudian pula merungut tentang semua itu?”

—————————————————————————————————————–

Hamba sekarang belajar di Masterskill College of Nursing and Allied Health, dan ianya kolej swasta.  Hamba bersyukur walaupun sekadar belajar di kolej swasta, hamba diberi peluang kedua untuk membaiki diri dan terus belajar demi mendapat peluang kerja yang lebih terjamin.  Benar, apabila bercakap tentang perihal pembelajaran, banyak yang sukar dari yang senang.  Akan tetapi kita harus ingat, dunia sekarang segalanya mungkin, dengan usaha dan sedikit tuah – kita mampu berjaya.  Jika tidak malas, apa jua tidak akan jadi susah.


Jangan jadi macam mereka ya!



Advertisements

2 Comments

Leave a Comment
  1. hana ;) / Apr 4 2011 12:17 pm

    english ??haha hana leh suke..suka english gak

    maths??hahaha busan memang x suke 🙂 hahaha

  2. ~sue~ / Apr 6 2011 8:39 pm

    menarik~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: