Skip to content
April 13, 2011 / tintaabstrak

PERIHAL NAMA

Perihal nama ini banyak cabangnya, ada nama manusia, nama haiwan, nama tempat, nama hidangan, nama peristiwa dan pelbagai jenis nama lagi.  Nama manusia sahaja terbahagi kepada cabang cabang yang berbagai jenis nya.  Termaktub di dalam bahasa buku, terdapat 4 jenis nama nama utama, yakni – nama am, nama khas, ganti nama dan nama terbitan.  Secara ringkas, mana mana nama yang diberi pada setiap sesuatu adalah bertujuan untuk memberi makna akan wujud nya setiap sesuatu itu.  Jika difikirkan, mengapa nasi diberi nama makanan? Maka jelas, makanan adalah untuk dimakan dan wujud nya nasi adalah untuk menjadi makanan.  Bagaimana dengan manusia? Wujud nya akan seseorang manusia itu mempunyai makna.  Kita semua unik, mempunyai ciri ciri yang membezakan satu sama lain, sama ada dari segi paras rupa, pemikiran mahupun tentang perihal nama itu sendiri.  Cuba lihat, nama anda dan nama orang yang paling dekat dengan anda kini, bukan kah antara nama anda dan nama beliau berbeza? Sama ada dari segi kilas bahasa, susun atur dan makna (yang berlainan mengikut suku kaum dan etnik).

 

 

 

 

Mengapa? Adakah nama yang dimiliki bertujuan untuk membezakan anda dan orang lain? Tidak.
Nama yang anda miliki sekarang tentunya mempunyai satu makna yang pasti, cuba lakukan sedikit kajian dan cuba tanya ibu atau bapa anda – apakah makna nama anda, apakah tujuan anda diberi nama sedemikian rupa? Apa saja jawapan yang bakal diterima, jawapan itu akan memberi sedikit gambaran, tentang siapa anda dan tentang apa kah sebenarnya makna disebalik diri anda.  Jika ia baik, maka baik lah dan cuba untuk kekal kan kebaikan yang ada; dan jika ia jahat, maka jangan lah dibiarkan yang jahat itu terus jahat, cuba lah untuk mengambil peluang yang ada dan cuba untuk berubah.


—————————————————————————————————————– 

KISAH BENAR

Ada suatu hari di dalam tahun ini juga, hamba terserempak dengan seorang sahabat baru dan terduduk sebentar untuk berbual dengan beliau yang bernama Abrar (bukan nama sebenar),

“Abrar, awak dari mana mahu ke mana? Awak sudah tidak sudi berkawan dengan hamba kah? Sebulan dua ini senyap saja.”

Dia senyap saja, terlihat kerutan kecil di bahagian dahi nya.  Hamba cuba bertanya lagi,

“Abrar oh Abrar, awak dengar tidak–“

Belum sempat hamba habis bercakap, dia membalas,

“Maaf lah, memang sebulan dua ini saya sedikit sibuk, segala rasa bagai tidak sempat”

Hamba sedikit gembira, terfikir, rupanya dia tidak lupakan hamba, dan dia menyambung lagi,

“Tapi awak, saya mahu cakap sikit, lain kali, awak boleh kalau tidak panggil nama penuh saya? Cukup sekadar Jeff sudah lah,
bukan apa, kalau ada yang terdengar apa pula kata mereka, nama tidak seiring dengan zaman moden.”

Ah, hamba mengeluh satu kali nafas dan mengiya kan saja kata kata nya,

“Baik lah Abrar, oh maaf, baik lah Jeff, jika itu yang awak mahu.”

Sebaik tamat kata kata hamba, dia berlalu pergi, ada kerja katanya.  Terkilan juga, baru jumpa sekejap sudah mahu pergi.
Pertemuan tamat di situ, tetapi perihal nama masih berlegar di ruang minda hamba.  Hamba terfikir sejenak di situ, Abrar oh Abrar, andainya awak tahu, bahawa nama awak itu cantik dan manis maknanya (Abrar – golongan yang berbuat kebajikan), pasti anda akan gembira bila ada yang memanggil anda sebegitu.

Adakah Abrar mengetahui makna di sebalik nama beliau dan adakah dia seorang yang berbuat kebajikan? Benar, kita tidak boleh cepat menilai dan menghukum orang tanpa usul periksa, tetapi bila Abrar melarang hamba memanggil beliau dengan namanya, hamba sedikit terkilan – nama yang cantik dan enak disebut oleh lidah sebegitu, dia tidak suka? Jikalau nama sendiri pun sudah tidak suka, agak nya apa lagi yang mungkin tidak disukainya.

—————————————————————————————————————–

 

Nama hamba Muhammad Hafizi Bin Jusoh, suka bila mana dipanggil Hafizi atau Fizi, terasa lebih mesra. Namun, anda boleh panggil hamba dengan apa saja nama yang anda suka (tapi biar lah nama itu tetap nama hamba), sebagai contoh – Muhammad, Hafizi atau Fizi.  Panggilan yang separuh saja pun tidak mengapa, makan nasi separuh bukan kah dapat “khasiat” juga? Tetapi, jangan lah dipanggil Jusoh sebab itu nama ayah hamba, nanti dimarahnya pula.  Itu tentang nama hamba, nama anda bagaimana?


Sedikit maklumat tentang makna nama kanak kanak lelaki,

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: